suara. Mempelajari nyanyian adalah penting kerana dapat:
1. Memperkayakan imaginasi.
2. Mempertingkatkan daya pemikiran.
3. Memberikan keseronokan dan kegembiraan.
4. Memperbaiki kesihatan melalui latihan
pernafasan yang betul.
5. Melepaskan perasaan kurang senang.
6. Membina keyakinan diri.
klik di sini
Nyanyian adalah satu kegiatan suara yang dilafazkan atau dikeluarkan daripada mulut. Ia juga merupakan jalan yang paling asli untuk melepaskan perasaan seseorang. Pada amnya nyanyian dapat memberi keyakinan diri sendiri, sikap yang baik semasa mereka mengambil bahagian dalam aktiviti muzik khususnya serta alat-alat lain amnya.
Pendek kata semua orang boleh mendengar muzik dan menyanyi. Dalam nyanyian mutu suara adalah penting supaya ianya dapat didengar kemerduannya. Bagaimanapun terdapat faktor yang tertentu bagi meningkatkan mutu suara yang baik. Diantaranya ialah:
1. Postur
Postur yang betul ialah cara kedudukan badan yang betul semasa menyanyi sama ada ketika duduk ataupun berdiri. Postur yang betul akan membawa kepada sekulasi pernafasan yang betul dan secara tidak langsung ianya akan membentuk suara yang baik dan bermutu.
2. Latihan pernafasan.
Pernafasan merupakan salah satu unsur terpenting dalam nyanyian untuk mendapatkan tonaliti yang baik.
Bagi memperolehi pernafasan yang baik beberapa latihan pernafasan hendaklah dijalankan secara teratur.
3. Resonator suara dan resonasi.
Bentuk mulut adalah penentu bagi penghasilan suara yang bermutu. Ketika menyanyi mulut hendaklah dibuka bujur seperti bentuk telur. Mulut yang segan dibuka akan membawa suara yang tidak indah dan senikata yang kurang jelas.
4. Sebutan yang jelas dan tidak menjerit.
Sebutan yang terang dan jelas terhasil daripada pembentukan mulut yang betul. Adakan latihan pic bagi mengelak dari menyanyi secara menjerit.
5. Menyanyi dengan penuh perasaan dan persekitaran yang tenang.
Sebelum menyanyi seseorang itu harus tahu tentang lagu yang akan dinyanyikan sama ada lagu itu gembira, bersemangat, cergas, sentimental dan lambat. Persekitaran dan lokasi juga mempengaruhi mutu suara seseorang.

Alat-alat muzik yang biasa digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran Dunia Muzik
1. loceng
2. kastenat
3. tamborin
4. kayu tik tok
5. kerincing
6. marakas
Lain-lain alat perkusi:
1. simbal
2. drum samping
3. drum tenor
maklumat lanjut
lihat di sini
MARI MENGENAL NOT MUZIK
KSSR DUNIA MUZIK TAHUN 1
klik di sini
maklumat lanjut
lihat di sini
MARI MENGENAL NOT MUZIK
KSSR DUNIA MUZIK TAHUN 1
klik di sini
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran: Dunia Muzik Tarikh :04.11.2011
Kelas : 1 Tekun Masa :3.10 – 3.40 ( 30 minit )
Fokus :Mencipta Corak Irama
Objektif : Murid dapat memainkan perkusi mengikut corak irama dan mencipta
corak irama mudah berdasarkan not krocet dan not minim.
Standard Kandungan: Pengalaman Muzikal
Memainkan perkusi secara solo atau berkumpulan daripada
pelbagai repertoir.
Penghasilan Muzik
Menghasilkan idea muzikal kreatif.
Standard Pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
A: Menguasai isi kandungan pelajaran
1. Mengecam dan menamakan alat perkusi.
2. Menepuk corak irama
B: Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
1. Mendengar bunyi alat muzik dan menamakannya.
2. Bermain alat perkusi mengikut corak irama.
3. Mencipta corak irama mudah
C: Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
Bermain alat perkusi mengikut arahan guru supaya keadaan
kelas terkawal.
Penegetahuan Sedia Ada: Murid sudah tahu cara memegang alat perkusi.
Murid perlu berdisiplin semasa memainkan alat.
Langkah berjaga-jaga: Ikut arahan guru supaya keadaan kelas terkawal.
Bahan,peralatan dan bahan sumber: kad imbasan perkataan, Kad ikon menepuk detik asas,
alat perkusi ( kastenat, loceng, kerincing, tamborin dan kayu tik tok)
EMK (Elemen Merentas Kurikulum): Kreativiti
Mencipta corak irama mudah dan mengaplikasikannya dalam permainan alat perkusi.
Penyerapan Nilai : Berdisiplin – mengikut arahan
Masa/ Langkah | Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran/Pembelajaran | Catatan |
Permulaan ( 5 minit ) | Memperkenalkan alat perkusi | 1. Guru memperdengarkan bunyi alat perkusi. 2.Menyoal murid . Apakah nama alat perkusi yang kamu dengar? Andaian jawapan : Kastenat dan loceng. 3.Guru memperkenalkan alat perkusi lain seperti tamborin, kerincing dan kayu tik tok. 4. Guru agihkan kad-kad perkataan dan minta murid suaikan kad dengan alat perkusi yang betul. | Strategik/ Teknik Penyoalan seluruh kelas |
Menstruktur/ menstruktur semula (10 minit ) Aplikasi idea (10 minit ) | Memainkan corak irama menggunakan perkusi mulut, dan alat perkusi Mencipta corak irama serta menepuk corak irama dan menggunakan perkusi mulut | 1. Guru mempamerkan not krocet dan not 2. Murid menamakan not dan nilai not. 3. Guru memperkenal dan mempamerkan corak irama. 4. Guru membimbing murid membunyikan corak irama dengan perkusi mulut pa atau ma dan menepuk detik asas. 5. Murid mengajuk corak irama yangdiberi oleh guru dengan sebutan pa atau ma sambil menepuk detik. 6. Murid duduk dalam 2 kumpulan mengikut alat yang dimainkan. Agihkan alat perkusi. 7. Guru membimbing murid memainkan alat perkusi mengikut kumpulan. 8. Murid memainkan alat perkusi berpandukan ikon corak irama mengikut kumpulan. 1. Guru mengagihkan murid kepada 3 kumpulan. 2. Guru mengagihkan kad-kad ikon not krocet dan minim kepada setiap kumpulan. 3. Murid menyusun kad ikon untuk menghasilkan corak irama. 4. Guru memerhati murid mencipta corak irama mudah dalam kumpulan dan memberi bimbingan. 5. Wakil setiap kumpulan mempersembahkan hasil corak irama yang telah dicipta di hadapan kelas. ( tampal di papan putih) 6. Guru bersoal jawab dengan murid tentang nilai not yang ada dalam corak irama yang telah dicipta. 7. Murid mengajuk menepuk corak irama yang dihasilkan dengan perkusi mulut. 8. Murid menepuk corak irama yang dihasilkan oleh rakan. | Strategik/ Teknik bimbingan dan penglibatan aktif Kad imbasan detik asas Alat perkusi kastenat loceng Strategi/ Teknik bimbingan dan penglibatan aktif Sumber: kad ikon krocet minim |
Penutup Refleksi ( 5 minit ) | Memainkan alat perkusi | 1. Guru minta murid memainkan alat perkusi berdasarkan corak irama mudah yang telah dicipta mengikut kumpulan alat masing-masing. 2. Permainan alat perkusi secara bergabung berdasarkan corak irama yang telah dicipta. 3. Guru menyoal Bagaimanakah perasaan murid-murid sepanjang aktiviti pembelajaran mereka? | Alat perkusi kad ikon corak irama |
KAD IKON
TEMPO
Tempo cepat - Askar berkawad
Tempo lambat - orang tua berjalan
DETIK
Detik merupakan bunyi berkala yang tetap dan boleh ditepuk menggunakan pelbagai meter seperti 2an, 3an, 4an dan lain-lain. Penggunaan tangan dengan menepuk boleh merasai detik iaitu dengan tepuk irama perancis atau irama Inggeris. Terdapat bunyi yang kuat atau tekanan ( accent) dan bunyi yang tidak kuat pada bit (beat) yang lemah. Bilangan detik mengikut tekanan disusun dalam kumpulan yang tetap menggunakan garisan bar pada baluk secara berkala.
Dalam tepukan irama, pengiraan detik amat dititik beratkan kerana di sinilah ketepatan tepukan corak irama.
Corak irama
Irama boleh dicorak dan disusun dalam kumpulan detik bagi setiap bar. Terdapat juga corak irama yang sama dalam satu-satu bar atau beberapa bar tertentu dan terdapat juga corak irama yang berbeza dalam setiap bar. Latihan corak irama boleh dipelbagaikan dalam beberapa aktiviti seperti soal jawab antara guru dan pelajar. Pelajar digalakkan menggunakan vokal, tepukan atau pun alat-alat muzik.