Wednesday 1 February 2012

RASIONAL PENDIDIKAN MUZIK DI SEKOLAH

Asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senang dan member respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik, memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak.


PENDIDIKAN MUZIK DAN KREATIVITI

Lorrin Hollander (2002 ) menyatakan muzik sangat berpengaruh dalam diri seorang kanak-kanak iaitu:

“ Children are born wildly creative that is who they are. Their vision, imagination, intuition, dream mythology and capacity to play, are fully formed. They are born artist: dancers who write the rhythmically; musicians-singing intervals long before they speak language. They are deepest selves, a priori, being the full self-expression of the artist. That is who they are.
                                                                                                                                    ( Hollander 2002)

Muzik mempengaruhi kreativiti kanak-kanak secara semulajadi dan kanak-kanak dilahirkan dengan muzikaliti seperti menari, dan menyanyi serta berkebolehan muzik lain dalam diri kanak-kanak sebelum mampu bercakap.




RENUNGAN
Seseorang pendidik muzik di Malaysia harus merenungkan tentang sejauh manakah pendidikan muzik telah maju di negara kita setakat ini. Mari kita merenungkan beberapa soalan berikut:


1. Apakah yang kita dapat perhatikan dengan secara kasar tentang keadaan pendidikan muzik di Malaysia pada masa ini?


2. Adakah kanak-kanak kita kelihatan begitu rela untuk bernyanyi secara spontan dengan yakin dan baik?


3. Adakah kanak-kanak bersikap cerewet dalam selera muzikal mereka?


4. Adakah kanak-kanak sekolah didapati menyanyikan lagu-lagu KBSR sewaktu menaiki bas atau berada di rumah?


5. Pernahkah kita dapat melihat kanak-kanak meniup rekoder di rumah atau semasa mereka menunggu bas sekolah?


6. Dapatkah kanak-kanak membaca dan menulis notasi muzik yang mudah setelah mengikuti program muzik KBSR selama enam tahun?


                                                                                           (Johami Abdullah)
                                                                                                                             Pendidikan Muzik Semasa 1993